AzureADA Premium Cardano Stake Pool Operator logo

CARDANO Malaysia

Live ADA Price

Pool Saham Enterprise bertaraf beroperasi menggunakan Microsoft Azure

MENGAPA ANDA PATUT MEMILIH AZUR?

Prestasi TERBUKTI

Pool AZUR telah wujud sejak Incentivized Test Net (ITN). Kami berusaha dengan keras dalam tempoh masa ini dan mempelajari pelajaran berharga dan memperbaiki proses kami sebelum mainnet.Memaksimakan ganjaran sangat dipengaruhi oleh kecekapan pengendali dan infrastruktur pool. Sebagai contoh, baru-baru ini dua pool terkemuka yang hampir tepu, kehilangan Internet & tidak melombong blok selama beberapa hari oleh kerana Isu teknikal. Ini bermakna tiada ganjaran untuk sekurang-kurangnya satu epoch penuh.Kami bangga untuk mengatakan bahawa kami telah melombong 100% blok yang ditetapkan. Kami tak pernah kehilangan internet dan berada di luar talian. Kami telah memastikan kami menetapkan sistem automasi, pemantauan, dan pemulihan.Mewakilkan kepada AZUR boleh menjadi pilihan “tetapkan & lupakan saja”. Kami akan memberi amaran kepada anda sebelum pool kami menjadi tepu sepenuhnya dan menjalankan penyelenggaraan tingkap terancang.

Komitmen Jangka Panjang

Kami berada di sini untuk jangka masa panjang, komited untuk menjalankan pool saham AZUR sehingga nafas terakhir kami, dunia berakhir, Cardano pudar ke dalam jurang yang kosong (ya, macamlah ini akan berlaku).Cardano dibina dan berusaha untuk masih berada di sini untuk 50-100 tahun akan datang, dan begitu juga pool saham AZUR. Malah, separuh daripada anak-anak Eric memang sudah berada dalam dunia teknologi, jadi generasi pengendali saham pool yang akan datang sudah ada.

Kelas-Enterprise

Kelas-Enterprise adalah cara yang mewah untuk mengatakan bahawa kami memang bukan bermain-main. Kami menggunakan platform cloud Microsoft Azure, platform cloud yang terbesar, paling selamat, dan paling kaya dengan ciri-ciri di dunia. Sistem misi kritikal dihoskan pada cloud Azure.Jika bank dan hospital mempercayai Azure dengan sistem yang sensitif dan menyelamatkan nyawa, anda boleh berasa yakin bahawa ia akan operasikan pool saham anda dengan sempurna.Kami mengikuti amalan terbaik industri dalam cara bagaimana kita merekakan dan menhoperasikan pool saham kami.

Global

Seperti yang anda nampak dari halaman topologi kami, infrastruktur pelayan Cardano kami mempunyai jejak global. Kami memanfaatkan rangkaian teragih bertaraf dunia Microsoft Azure dan mempunyai fleksibiliti untuk mengatur pelayan di seluruh dunia (dalam beberapa minit). Buat masa sekarang, kami mempunyai pelayan di:Jepun Belanda Perancis Usa

Ikrar Besar

Ikrar adalah jumlah ADA yang kami, sebagai pengendali pool saham telah melaburkan dalam pool saham dan berjanji untuk kekalkan. Ini adalah petunjuk bahawa kami sangat berpengalaman dan sangat serius untuk berjaya.Pada masa menulis ini, kami berada di dalam 3.8% teratas ikrar pool… kami mempunyai lebih banyak pelaburan, lebih daripada 96% pool lain.Kami juga telah melabur beribu-ribu dolar AS ke dalam infrastruktur, pemasaran, dan unsur-unsur lain pool saham kami, melebihi pegangan ADA kami.

Keselamatan Berlapis

Tanpa mendedahkan terlalu banyak tentang rahsia kami, kami melapiskan pelbagai ciri keselamatan di atas satu sama lain. Kami menggunakan banyak amalan terbaik yang terbaru seperti tempat kerja berudara, pengesahan faktor-berganda, menyekat trafik pengurusan kepada lokasi tertentu, pengesahan berasaskan sijil, dan lain-lain.Kami mungkin akan menambahkan ujian pernafasan, ujian DNA, pertandingan batu-gunting-kertas, atau lawan tangan maya pada masa akan datang. Adakah semua ini sudah tersedia sekarang? Hmm, rasanya perlu tengok dulu.

Ramai Profesional

Kami bukan hanya ada satu, dua, malah TIGA ahli pasukan utama. Tidak, tunggu, sekarang ada seorang lagi! Pegawai operasi kami mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam keselamatan IT dan perundingan, dia menjalankan semua operasi IT untuk dua syarikat yang berasingan. Dia sudah disahkan oleh Azure (menunjukkan tahap kecekapan yang terbukti). Pegawai pemaju kami sebenarnya memang memajukan platform Azure. Dan kami mempunyai Arkitek Cloud Azure dan Saintis Data. Akhir sekali, kami mempunyai seseorang untuk mengendalikan perniagaan dan pemasaran demi menjaga aturan perniagaan kami. Ini memberi kami lebih dari satu set mata dan tangan untuk menjalankan pool kami, ditambahkan lagi dengan pelbagai kemahiran kritikal untuk operasi pool saham yang berjaya.

Terlibat

Kalau anda melihat suapan Twitter kami, anda akan nampak bahawa kami SANGAT terlibat dalam Cardano. Kami pos hampir setiap hari. Kami juga telah membantu beberapa pengendali pool saham yang lain mendapat persediaan yang mereka perlukan.Baru-baru ini, kami mengadakan Pertemuan secara langsung di Kyiv dengan pemain Cardano utama, profesor Roman Oliynykov, dari IOG, yang membantu membangunkan protokol Ouroboros. Kami ada Pertemuan lain yang sudahpun dijadualkan.

Peminat Cardano sejak 2017

Kami telah mengikuti projek Cardano sejak 2017 secara rapat dan telah melabur kedua-dua masa dan wang, dengan banyak. Kami memang terlibat sepenuhnya! Setiap seorang dari kami memiliki ADA dan sangat berpengetahuan dalam industri ini. Kami masing-masing mempunyai tatu Cardano. Begitu juga dengan semua anak-anak kami. OK, tiada tatu, tapi anda tak tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa depan!

INFRASTRUKTUR HEBAT

MENGAPA KITA MENGGUNAKAN AZURE?

PALING TIDAK BERPUSAT

Microsoft Azure berada dalam 54 wilayah di 140 negara di seluruh dunia dan pusat data di Taiwan, Brazil, dan beberapa lokasi lain yang berada dalam pembinaan sekarang. Setiap wilayah mempunyai sekurang-kurangnya 2 pusat data, dan kebanyakan yang ada memiliki 3. Jadi, terdapat kira-kira 180 lokasi yang berbeza di seluruh dunia. Ini adalah yang paling banyak diantara pembekal cloud awam.

Dengan matlamat rantaian blok tidak berpusat yang kukuh, Azure sudahpun ada permulaan yang hebat untuk menyebarkan nod Cardano di seluruh dunia.

Apabila pool kami berkembang pesat, kami akan mengambil manfaat dari jejak global kami dan sasarkan lokasi yang kurang diwakili oleh nod Cardano.

Kami juga mempunyai pilihan untuk menggunakan pelayan logam terdedah di Seattle jika diperlukan, juga (20 tahun pengalaman menggunakan logam terdedah).

PALING SELAMAT

Azure mempunyai lebih daripada 90 pensijilan pematuhan, termasuk lebih daripada 50 yang khusus untuk wilayah dan negara yang global, seperti AS, Kesatuan Eropah, Jerman, Jepun, United Kingdom, India, dan China. Dan, kami mempunyai lebih daripada 35 tawaran pematuhan khusus untuk keperluan industri utama, termasuk kesihatan, kerajaan, kewangan, pendidikan, pembuatan, dan media.

Microsoft belanja lebih daripada $1 Bilion setiap tahun untuk keselamatan dan bekerja dengan lebih dari 3,000 profesional yang memberi tumpuan khusus kepada keselamatan. Mereka juga memproses lebih dari satu trilion isyarat keselamatan setiap hari. Ini adalah tumpuan besar kepada keselamatan.

Jika tahap keselamatan ini cukup baik untuk industri perbankan, kerajaan, dan industri lain-lain yang sangat sensitif, anda boleh berasa yakin kerana pool saham kami berada di platform yang sangat selamat, dan kami mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman IT untuk mendapatkan manfaat dari semuanya.

KELEWAHAN

Pelayan yang beroperasi di pusat data Azure mempunyai sistem berlebihan yang direka untuk memastikan bahawa pelayan terus berfungsi. Pelayan ini bukan sahaja mempunyai bekalan kuasa berlebihan sendiri dan ciri-ciri lain, tetapi rak komputer yang berlebihan ada juga, termasuk di geografi tempat yang jauh (supaya, sebagai contoh, gempa bumi di satu kawasan tidak akan memberi kesan kepada sistem berlebihan ini).

Terdapat penjana kuasa, sambungan Internet yang berlebihan dan sekumpulan sistem berlebihan lain yang kami tak tahu langsung dan mesti tidak MAMPU disediakan di bilik bawah tanah atau garaj kami.

Ini adalah teknologi zaman moden yang canggih dan amalan keselamatan. Ini semua membantu AzureADA memastikan ganjaran kepada anda akan sentiasa berjalan dengan lancar, tanpa gangguan.

RANGKAIAN PANTAS

Secara umumnya, cloud awam mempunyai kelajuan Internet yang sangat pantas. Ujian kelajuan kami telah menunjukkan sehingga 6 atau lebih gigabit sesaat– kelajuan ini adalah 6 kali lebih cepat daripada kelajuan Internet kediaman terpantas (“gigabit”). Ini juga disokong oleh banyak tulang belakang Internet, jadi jika salah satu dari penyedia kami mengalami gangguan, ini tak akan menghentikan sambungan Internet (ini telah berlaku apabila satu pool “saingan” kami terpaksa berada di luar talian selama beberapa hari).

Oleh kerana rantaian blok adalah tentang menghantar dan menerima blok melalui seluruh rangkaian, lebih cepat sambungan, semakin cepat ia boleh mendapatkan blok yang diedarkan di seluruh rangkaian global. Rangkaian pantas boleh mengedarkan blok lebih cepat daripada yang perlahan, memperbaiki kemungkinan menjadi blok yang dipilih dalam “pertempuran blok” yang kadang-kadang juga boleh berlaku.

PERLINDUNGAN DDOS

Azure telah membina pengurangan serangan Distributed Denial of Service (DDoS). Serangan DDoS adalah percubaan untuk menghantar sangat banyak trafik kepada sesebuah komputer yang sudah dibanjiri dan tak boleh berfungsi (seperti melombong blok ). Azure memberikan lebih banyakkkk perlindungan daripada komputer di tempat lain seperti bilik bawah tanah. Sekali lagi, lebih banyak perlindungan untuk pastikan blok terus melombong.